Selasa, 16 Mac 2021

Asas Simpulan dan Ikatan


A) Pengenalan Ikatan dan Simpulan:

Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat. Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti efektif. Pembelajaran tentang ikatan tidak tertumpu kepada proses penyelamat sahaja, tetapi pembelajaran ikatan di dalam dunia rekreasi banyak tertumpu kepada pelbagai bidang antaranya ialah di dalam Perkhemahan, Jungle Tracking, Survivor camp, dam lain-lain.

B) Jenis-jenis Ikatan dan Simpulan:

Terdapat tujuh ikatan asas yang biasa digunapakai di dalam rekreasi dan proses menyelamat, antaranya ialah :


a) Ikatan Buku Sila / Reef Knot
b) Ikatan Bunga Geti / Common Bend
c) Simpulan Tindih Kasih / Bowline
d) Ikatan Simpul Manok / Clove Hitch
e) Ikatan Pengail / Fisherman’s Knot
f) Simpulan Angka 8 / Figure of 8
C) Teknik Ikatan dan Simpulan dan Fungsinya:


1. Ikatan Buku Sila:

Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

Fungsinya ialah:

Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.
Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.

Teknik:

Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
Masukkan hujung A dibawah B.
Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.


2. Ikatan Bunga Geti:

Ikatan Bunga Geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.

Fungsi:

Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
Mengikat tali kesuatu tanjul.

Teknik:

Mulakan simpul. Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul.
Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.


3. Simpulan Tindih Kasih

Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.

Fungsi:

Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.

Teknik:

Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.


4) Ikatan Simpul Manuk:

Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya.

Fungsi:

Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.
Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.

Teknik:

Mulakan simpul pada kayu. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi. Tarik hujung tali.



5) Ikatan Pengail:

Fungsi:

Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang. Ikatan ini kuat dan kukuh.
Sesuai digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling.

Teknik:

Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali. Lakukan 2 lingkaran tali. Pada hujung tali itu boleh diikat.



6) Simpulan Angka 8 (Figure of 8):

Fungsi:

Sebagai ikatan sementara dihujung tali agar tidak terburai jika tali itu pecah.
Untuk menahan tali tidak tercabut dari Blok Takal
Lebih berguna kerana mudah dibuka.





Tambahan maklumat:

A) Simpulan Himpit (Fisheman’s Knot):

Fungsi simpulan seperti ini lebih kepada menyambungkan dua tali yang besar yang kebiasaany kita menggunakan tali pancing. Ia juga turut digunakan untuk menyambung tali licin.Simpul Pulih (Sheep Shank Knot)

B) Simpul Bunga (Double Sheet Band:





Ikatan ini lebih kepada skill memendekkan tali tanpa memotongnya. Ikatan ini juga digunakan untuk menguatkan tali pada tempat yang reput atau hendak putus. Ia juga digunakan bagi menegangkan tali yang kendur yang diikat pada keduadua hujungnya.

C) Simpul Bunga (Double Sheet Baa):




Bagi jenis simpulan ini pula, ia berperanan untuk menyambung dua utas tali yang tidak besar. Lilitan hanyalah sebanyak 2 keping tali yang tidak sama besar tetapi lilitannya adalah sangat kemas.


D) Lilitan Taut (Taut Line):





Bagi jenis lilitan sebegini pula, ia lebih kepada keperluan mengikat tali khemah ke pancang atau tali tiang supaya di dapatkan dikendurkan atau ditegang.


E)Setengah Belit:



Ianya digunakan untuk mengunci ikatan atau simpulan yang dibuat


F) Simpul Mati:



Digunakan untuk menyimpul hujung tali terburai dan menjadi ikatan penahan pada takal.Ianya sukar untuk dibuka.

G)Simpul Manuk (Clove hitch):


Ianya digunakan untuk sebagai ikatan sauh/anchor pada sesebuah tiang untuk kerja-kerja menyelamat.

H)Simpul Angka Lapan:

Kegunaanya adalah sama seperti simpul mati, akan tetapi ianya lebih mudah dibuka berbanding simpul mati.

I)Ikatan Buku Sila (Square/ reef knots):



Ianya digunakan untuk mengikat dua tali yang sama saiz.Ianya juga ikatan yang digunakan dalam pertolongan cemas iaitu mengikat hujung kain anduh atau pembalut.

J)Ikatan Bunga Geti (Sheet Bend):


Ianya digunakan untuk mengikat dua tali yang tidak sama saiz.Ianya juga ikatan yang digunakan untuk mengikat hujung tali di dalam kawasan berair.Terdapat dua jenis.Iaitu Double (Berganda) dan Single (Tunggal) SheetBend (Bunga Geti).

K)Simpul Kerusi:


Ianya digunakan untuk mengangkat atau menurunkan kayu, papan, atau peralatan.

L)1 lengkar 2 setengah belit:


Ianya digunakan untuk sebagai ikatan sauh/anchor pada sesebuah tiang untuk kerja-kerja menyelamat.Perbezaannya ianya boleh diubah-ubah dan mudah dibuka.

M)Simpul Balak:

Ianya digunakan untuk menaik dan menurunkan mangsa dari tempat tinggi atau kawasan rendah.
Ianya hanya digunakan pada mangsa yang tidak sedarkan

N)Simpulan Kupu-kupu (Butterfly Knot/):






Simpul ini digunakan sebagai pengaman pada tali yang rosak, atau dapat digunakan untuk membuat tangga(dengan tali yang panjang dan kuat).


O)Simpul mudah lucut (highwayman’s hitch):


Sesuai untuk mengikat bot atau binatang (cth: kuda) supaya boleh dibuka dengan pantas. Boleh juga digunakan untuk turun dari atas pokok menggunakan tali.


Selamat belajar!

Rujukan:
1. https://asiacamp.my/asas-simpulan-dan-ikatan/
2.https://saudagaroutdoor.blogspot.com/p/asas-ikatan-simpulan.html

Asas Pertolongan Cemas


 

Sila tonton video berikut.

https://youtu.be/tWYyLZWclrA

Jumaat, 12 Mac 2021

Pengenalan Kepada KRS: LAGU KRS (KADET REMAJA SEKOLAH) - Dengan Lirik


Lagu KRS

Kadet Remaja Sekolah, 
Menuju satu ikatan bersaudara, 
Bersatu menjulang, keamanan Negara, 
Menjayakan ilmu, iman dan amal. 

Marilah kita membina peribadi, 
Membentuk insan yang kereatif, 
Kearah kecermelangan diri, 
Sepanjang masa yang berterusan. 

Remaja sambutlah cabaran, 
Menjadi bangsa Malaysia, 
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan, 
Jangan kita lupa kepada pencipta. 

Remaja hayati budaya, 
Ilmu, iman dan amal, 
Tetapkan di hati dan jiwamu, 
Wawasan Kadet Remaja Sekolah. 

Lagu: Mejar Muhammad Thani B. Shaaban
Lirik: Left. Ustaz Roslan B. Abd. Rahman
Muzik: Bah. Teknologi Pendidikan, Kementerian Pend. Malaysia

**Credit to Youtube owner

Modul KRS

 


akan datang...

Pengenalan Kepada KRS: Sejarah Penubuhan (TKRS & KRS)

 SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS )


Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS).

Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah­-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur.


SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )

Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006



Pengenalan Kepada KRS: Logo dan Bendera KRS


LOGO DAN BENDERA KRS


Pengertian logo




Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.

Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.

Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.

Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.

Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.


Bendera



Warna Hijau melambangkan:


a.Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.


b.Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.


c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS.

Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’

a. ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.

b. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas
pembinaan diri.

c. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat
yang berterusan merupakan natijah daripada
kekuatan intelektual dan disiplin diri

Pengenalan Kepada KRS: Latar Belakang, Rasional, Matlamat & Objektif



PENGENALAN KRS


LATAR BELAKANG
Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek ( JERI ).

Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah menengah/rendah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Badan Beruniform di sekolah. Kewujudan KRS/TKRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan.

RASIONAL
Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam.

Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah / Tunas KRS dapat membantu mengatasi masalah salahlaku di kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana.

Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan satu usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.

Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT

Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.

OBJEKTIF

Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.

Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional.

Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra.

Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.